top of page

KESIMPULAN

 - Kesimpulannya, sesebuah masyarakat itu dikatakan bertamadun apabila memenuhi segala ciri dan definisi yang diberikan ahli sejarawan berkaitan            

    makna tamadun. Salah satu tamadun yang berjaya meluaskan pengaruhnya ke Tanah Melayu ialah Tamadun India.

​

-  Tamadun India banyak memberikan kesan dan pengaruh kepada masyarakat di Malaysia. Sebuah kerajaan yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai     adat budaya dan keseniaan yang tidak dapat ditandingi mana- mana tamadun. Secara signifikannya, tamadun yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak     zaman kolonial British telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat tempatan walaupun ia wujud beberapa abad lalu. Hal ini demikian kerana        

    wujud unsur ketamadunan India sememangnya sinonim dengan budaya Asia yang penuh keunikkan dan nilai estetika yang tinggi.

​

-  Kemasukan tamadun India di Malaysia sememangnya membawa statu dimensi baru dalam cara hidup dan budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai    

    kesannya, berlaku percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat seperti yang berlaku di Malaysia. Sumbangan dan pengaruh dalam aspek    

    pendidikan, ekonomi, kebudayaan, kesusasteraan dan sosial dalam perkembangan tamadun tidak dapat disangkal lagi. Peradaban India seperti bahasa

    Tamil, kesusasteraan, struktur politik dan kerajaan, corak kehidupan harian, agama Hindu- Buddha telah memperkaya dan menjadikan Malaysia sebuah        negara yang kaya dengan pelbagai warna kebudayaan bahkan lebih bersedia di pentas global.

​

-  Pengaruh tamadun India dalam nilai hidup masyarakat menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Kepelbagaian agama dan budaya dalam kalangan      

    masyarakat Malaysia telah berjaya mewujudkan sebuah nasional yang harmoni dan berdaya saing sebanding dengan negara yang lain. Secara konklusinya,     Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh tamadun India membawa warna dalam tamadun Malaysia.

bottom of page