top of page

KESUSASTERAAN

Bersesuaian dengan dua kumpulan keluarga besar India, bahasa-bahasa Indo- Arya dan Dravida, kesusasteraan India turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kesusasteraan Indo-Arya dan kesusasteraan Dravida.
 

  1. KESUSASTERAAN INDO-ARYA

  • Kesusasteraan Indo-Arya lebih menonjol sebagai kesusasteraan yang tertua dan terkemuka di India.

  • Hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta dan dihasilkan dalam bahasa Sanskrit menjadi karya sastera yang berjaya dan menonjol pada zaman klasik. Lebih-lebih lagi bahasa Sanskrit merupakan bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Oleh itu tumpuan diberikan kepada kesusasteraan Sanskrit.

 

    2. KESUSASTERAAN VEDIK

  • Kesusasteraan Vedik berlangsung antara tahun 1500SM sehingga 500SM.

  • Perkataan Veda berasal dari kata dasar Vid, ertinya melihat dan mengetahui.

  • Kitab-kitab suci zaman Veda boleh digolongkan kepada dua bahagian iaitu :

    • Shruti - merupakan ajaran-ajaran yang diwahyukan ataupun ajaran-ajaran yang didengarkan oleh Tuhan kepada para maharesi (sages) dari semasa ke semasa menurut kehendak zaman

    • Smriti - merupakan ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran yang diturunkan oleh generasi manusia kepada generasi manusia secara turun-temurun.​

  • ​Dari segi perbandingan, isi kandungan Shruti tidak pernah diubah ataupun tidak boleh diubah; manakala Smriti boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.


 

 

 

 

 

 

  • Empat kitab suci veda ialah :

    • Rig Veda

    • Yajur Veda

    • Sama Veda

    • Atharva Veda

  • Rig Veda merupakan kitab suci yang tertua, bukan sahaja di India malah seluruh dunia.

  • Tiga kitab suci yang pertama dianggap tercipta sebelum tahun 1000SM. Dalam konteks ini, Vedanga bererti anggota kitab-kitab Veda dan terdapat enam bidang pengajian. Karya-karya Vedanga bukan bersifat tafsiran ajaran-ajaran Veda. Sebaliknya merupakan enam bidang yang dipelajari supaya dapat membantu dalam memahami kitab-kitab Veda dengan tepat. Zamannya berlangsung antara tahun 600SM sehingga 200SM. Enam bidang pengajian tersebut ialah pertama, Siksa-tonetik, yang menekankan sebutan yang tepat; kedua, ChancU-prosodi/pola. irama puisi; ketiga, Nirukta-et[mo\ogi, tafsiran istilah-istilah tertentu; keempat, Kalpa - tatacara pengendalian upacara pengorbanan; dan kelima, Vyakarana iaitu nahu; dan keennm, fyotisa iaitu astronomi, ilmu falak.



 

 

 


 

Kebanyakan teks-teks dharma (ajaran-ajaran mengenai keadilan dan kebaikan yang patut menjadi amalan setiap insan) adalah bersifat arahan-arahan langsung tanpa ulasan tambahan; dan bukan semua lapisan masyarakat dapat memahami. Oleh itu wujud karya-karya kesusasteraan bersifat epik yang menyampaikan ajaran-ajaran dharma yang serius dan tegas dalam bentuk cerita dengan memuatkan watak-watak yang cukup mantap. Cerita epik ini mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa, terutama melalui cerita lisan. Oleh itu cerita- cerita seperti ini digunakan untuk menyebarkan ajaran-ajaran dharma.
 

  1. Epik Mahabharata

 

  • Dicipta dan dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400 Masihi.

  • Karya ini mengandungi lebih kurang 100 000 seloka (puisi) dan merupakan karya puisi yang terbesar di dunia.

  • Epik ini berkisar kepada kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara. Tema utama Mahabharata adalah berkaitan dengan peperangan besar di antara Pandava dengan Kaurava tetapi epik ini sengaja diperluaskan dengan pelbagai jenis cerita sisipan. Cerita-cerita sisipan ini berperanan sebagai didaktik, memberi ajaran-ajaran agama dan moral.

  • Secara ringkas Mahabharata boleh dianggap sebagai sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dsmjaya (kekayaan).

  • Mahabharata mengandungi pelbagai perkara yang menarik perhatian sarjana-sarjana dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, etika, masyarakat dan kesusasteraan.

  • Sebab itulah Mahabharata dianggap sebagai itihasa (yang membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan) :

    • purana (cerita-cerita tentang dewa-dewi)

    • akhyana (yang mengandungi lagenda- lagenda dan mitos)

    • dharmasastra (yang mengajar tentang pelbagai jenis dharma)

    • arthasastra (karya-karya yang menyentuh perkara-perkara kerajaan dan pemerintahan)

    • kamasastra (yang membincangkan percintaan)

    • nitisastra (yang menekankan idea-idea etika)

    • moksasastra (membincangkan cara-cara membebaskan diri daripada kelahiran semula).

  • Dari sudut pandangan biasa Mahabharata merupakan peristiwa benar tentang satu peperangan antara dua pihak yang menuntut takhta kerajaan. Sekiranya dilihat dari segi etika peperangan ia mewakili konflik prinsip dharma dan adharma, iaitu antara kebaikan dengan kejahatan ataupun keadilan dengan ketidakadilan tetapi pada akhirnya kejayaan adalah kepada pihak yang mendukung dharma.

 

    2. Bhagavadgita (BG)

 

  • Antara ajaran agama yang terdapat dalam Mahabharata, perbincangan mengenai falsafah yang terkandung dalam Bhagavadgita dan menduduki tempat yang penting dalam koleksi pemikiran falsafah India.

  • Sebelum tercetusnya peperangan antara Pandawa dengan Kaurava, Arjuna (kumpulan Pandava) menghadapi konflik jiwa kerana beliau terpaksa membunuh ahli keluarga dan sanak saudaranya. Sri Krishna yang berperanan sebagai penasihat Arjuna memahami perasaan tersebut lalu mengajar intipati kebenaran suci untuk mencapai taraf hidup yang kekal abadi. Krishna menggalakkan beliau supaya bertindak tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan dan menjelaskan bahawa medan peperangan merupakan badan manusia di mana segala peristiwa berlangsung. Duryodhana (kumpulan Kaurava) merupakan kuasa jahat yang ada dalam badan kita; Arjuna merupakan kuasa mulia (diwakili oleh hati suci, tidak gentar, tanpa egoisme); dan Krishna merupakan jiwa yang bersemayam dalam hati setiap manusia. Dengan ini, Krishna mengajar kepada Arjuna agar melawan kuasa-kuasa jahat ini.

  • Bhagavadgita mengajar manusia tentang :

    • svadharma atau kewajipan hidup seseorang untuk mencapai kebenaran

    • rajayoga (disiplin badan dan minda)

    • karma-yoga (jalan tmdakan)

    • jnanayoga (melalui pengetahuan benar)

    • hhakti yoga (melalui kebaktian kepada Tuhan)

  • Sebagai jalan untuk mengenali jiwa atau Tuhan. Walau apa pun jalan yang ditempuhi, kewajipan tidak seharusnya dilaksanakan sebagai suatu dosa. Apa sahaja yang dilaksanakan hendaklah disertakan dengan kebaktian dan ianya harus ditujukan kepada Tuhan.


    3. Epik Ramayana
 

  • Epik Ramayana dicipta dan dihasilkan oleh Valmiki, seorang pertapa di antara tahun 200SM hingga tahun 200 Masihi.

  • Epik ini mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya, iaitu ibu negeri kerajaan Kosala yang terletak di timur Kuruksetra.

  • Valmiki mencipta epik Ramayana ini bertujuan untuk menggambarkan kehidupan seorang manusia yang sempurna, iaitu gambaran perwatakan yang ideal.

  • Dalam epik ini, Rama merupakan pendukung watak yang harus diteladani oleh setiap manusia kerana beliau merupakan pendukung kewajipan, ideal pengorbanan diri, manusia yang penuh dengan kasih sayang serta pelindung kepada sesiapa sahaja yang cinta akan dharma. Rama digambarkan sebagai anak yang setia, suami yang bertanggungjawab, abang yang dihormati, rakan yang setia, penegak keadilan dan sebagainya.

  • Selain sebagai karya teks seni sastera dan sejarah, ia juga merupakan dharmasastra atau teks suci yang mengajar perihal keadilan. la menerangkan prinsip-prinsip abadi (sanatoria dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal yang merupakan asas kepada dharma.


 

-

 

 

 

 

  • Natya Sastra dijadikan sebagai buku teks drama, muzik dan tarian yang menyumbang kepada perkembangan drama- drama. Buku ini membincangkan mengenai seni bina teater, konvensi-konvensi pentas, teknik-teknik produksi, persembahan dan artis-artis. Misalnya teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal. Natya Sastra menyatakan terdapat 13 gerakan untuk kepala, 36 gerakan untuk mata, 10 gerakan untuk badan dan lain-lain.

  • Drama Sanskrit dicipta untuk menghiburkan para hadirin (finanda) dengan menyampaikan rasa melalui lapan emosi (sthayihhava). Contoh drama ialah :

    • Sakuntala (yang menggambarkan cinta dan belas kasihan)

    • Mudraraksasa (menggambarkan heroisme)

    • Mrcchakatika (menggambarkan kama)


 

 

 

Karya Linguistik

Karya linguistik [mtuAstadhyayi ciptaan Panini telah disusun pada kurun ke-4SM. Karya nahu ini menandakan pencapaian terkemuka dan terulung dalam bidang linguistik. Menurut Profesor A.L. Basham, ketepatan prinsip-prinsip linguistik yang terdapat dalam karya ini tidak pernah dicapai oleh tamadun- tamadun lain di seluruh dunia sehingga kurun ke-19 Masihi. Karya ini mendukung lebih kurang 4,000 peraturan tatabahasa yang teliti dan saintifik.

Sastera Cerita

Permulaan sastera cerita terdapat dalam kesusasteraan Vedik dan kemudian dalam cerita-cerita dongengJataka. Cerita-ceritaJataka yang bersifat pendidikan moral dimasukkan ke dalam ajaran Buddhisme pada kurun pertama sebelum masihi. Sastera cerita sebenarnya tidak mengambil bentuk ajaran agama, ia kekal sebagai sastera sekular.

Antara sastera cerita yang penting ialah cerita dongeng seperti Pancatantra; cerita Brhatkatha yang mempunyai satu rangka cerita dengan banyak episod; dan novel klasik seperti Dasakumaracarita oleh Dandin dan Kadambari oleh Bana.

(ii) Kesusflsteraan Dravida

Dalam keluarga bahasa Dravida, terdapat empat bahasa utama iaitu bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada yang memiliki tradisi kesusasteraan yang kaya. Bahasa Tamil memiliki sejarah kesusasteraan terawal dalam keluarga bahasa Dravida. Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa teras bagi keluarga bahasa Dravida dan oleh sebab itu, bahagian kesusasteraan Dravida, kesusasteraan Tamil diberikan tumpuan penting.

Tolkappiyam

Karya nahu berjudul Tolkappiyam yang bertarikh tahun 300SM merupakan bahan bertulis yang tertua ditemui dalam bahasa Tamil. Maklumat mengenai pencipta karya ini tidak diketahui, kecuali nama beliau diterbitkan daripada karyanya, menjadi Tolkappiyar. Karya ini mengandungi tiga bahagian iaitu


fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi-konvensi puisi. Buku ini masih menjadi rujukan penting dalam bidang nahu serta konvensi Tamil. Terdapat rujukan mengenai karya-karya yang lebih awal seperti Aindiram dan Agattiyam, tetapi hanya beberapa puisi daripada karya-karya tersebut dapat diperoleh sebagai rujukan dalam karya-karya lain.

Kesusasteraan Sangam

Perkataan Sangam merujuk kepada akademi penyair-penyair agung. Penyair- penyair ini menghasilkan karya berbentuk puisi Zaman Sangam yang meliputi tempoh masa dari kurun ke-3SM sehingga kurun ke-2 Masihi. Puisi-puisi Sangam disusun kepada dua koleksi iaitu Pattuppattu (sepuluh puisi iaitu setiap puisi merupakan gambaran ringkas tentang sesuatu perkara) dan Ettuttokai (lapan antologi puisi).

Tema puisi-puisi Sangam boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu aham danpuram. Aham berertibahagiandalamanataupunperasaan dalam hati. Dalam konteks puisi zaman Sangam, cinta yang terkandung dalam hati dikenali sebagai aham. Puram bererti bahagian luaran. Puram dalam konteks puisi-puisi Sangam menandakan sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan, keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.

Puisi Aham

Cinta dalam puisi aham dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yang sepadan dan cinta yang tidak sepadan. Cinta yang sepadan bermaksud dua orang bercinta antara satu sama lain dan mereka mempunyai beberapa persamaan dari segi pendidikan, umur yang bersesuaian (lelaki sepatutnya lebih tua daripada perempuan) dan sebagainya. Cinta yang sepadan akan melalui dua tahap masa iaitu pertama, kalavu merupakan cinta sebelum perkahwinan dan kedua, karpu merupakan cinta selepas perkahwinan. Manakala cinta yang tidak sepadan dianggap berdasarkan nafsu sahaja. Misalnya perempuan yang lebih tua bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya, cinta terhadap anak gadis sunti, cinta yang tidak berbalas dan sebagainya.

Bagi aham terdapat lima uripporul (tema khusus), iaitu pertemuan, penantian, kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan bagi sementara waktu. Kelima-lima tema ini dikenali sebagai disiplin aintinai. Aintinai bererti lima jenis bentuk muka bumi.

Sifat istimewa puisi-puisi ini terlihat pada kebolehan penyair-penyair menggunakan unsur-unsur alam semula jadi untuk menandakan dan menggambarkan perasaan dalaman.

Puisi Puram

Puram merangkumi segala-galanya kecuali aham (cinta). Oleh itu ia meliputi masyarakat, raja, negara, kumpulan-kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan,


pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita yang ideal (sempurna) yang berkaitan dengan kehidupan. Bahagian puram mengandungi sebilangan besar sajak-sajak berkenaan. peperangan kerana peperangan merupakan sesuatu yang dapat menguji keperwiraan seseorang raja serta kemuliaannya. Ini kerana masyarakat memberikan keutamaan kepada sifat keperwiraan, walaupun peperangan membawa kemusnahan serta pengorbanan nyawa dan harta benda.

Perasaan yang diluahkan atau digambarkan dalam puisi-puisi puram adalah perasaan diri sendiri atau individu bukan sepeiti aham yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Fikiran dan perasaan yang digambarkan itu adalah berdasarkan kenyataan hidup, nilai-nilai masa dan alam, keperwiraan serta nilai- nilai sosial yang lain.

Tirukkural

Terdapat 18 buah karya etika dalam bahasa Tamil yang dikenali sebagai Patienenkiilkanakku ataupun Niitinuulkal. Tirukkural merupakan satu-satunya karya etika yang disanjung tinggi kerana kewibawaan ajarannya yang bersifat universal di kalangan masyarakat Tamil. Nilai-nilai yang diperkatakan dalam karya ini bersifat sejagat (universal) dan karya berbahasa Tamil ini dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar). lanya mengandungi tiga bahagian utama dengan 1330 kuplat dalam 133 bab iaitu Aram (etika/kebenaran) yang mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yang mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yang dibincangkan dalam 25 bab. Kandungan Kural adalah tersusun rapi dan setiap sajak adalah sangat penting dalam struktur keseluruhannya. Setiap sajak mempunyai dua bentuk maksud, iaitu jika diasingkan dari struktur ia kehilangan maksud di dalam strukturnya dan Rural hanya merupakan satu kata-kata hikmat. Dalam Tirukkural, setiap sajak merupakan unit yang berasingan dan berfungsi. Ini menjadikan Tirukkural sebagai satu karya agung ciptaan seorang pertapa yang merupakan pemberian peraturan hidup kepada orang-orang Tamil.

Kesusasteraan Bhakti

Menjelang kurun ke-2 Masihi, pengaruh agama Buddha dan Jaina mulai dirasai di kawasan India Selatan, dan kedua-dua agama ini hampir mengetepikan atau menyingkirkan agama Hindu. Keadaan ini berterusan sehinggalah kemunculan angkatan Bhakti yang memulihkan semula agama Hindu dengan menamatkan pengaruh agama Buddha dan Jaina. Angkatan Bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yang dikategorikan kepada dua iaitu pertama nayanmar yang mempelopori aliran mazhab Saivisme; dan alvar yang menyumbangkan kepada perkembangan aliran mazhab Vaisnavisme.

Nayanmar dan alvar menggunakan bahasa Tamil yang mudah untuk menyebarkan ajaran mazhab-mazhab mereka. Lagu-lagu suci yang dapat dinyanyikan dengan iringan muzik dicipta oleh mereka ini. Menerusi lagu-lagu


suci yang agak mudah bentuknya mereka berjaya mengembalikan penduduk India Selatan kepada agama asal mereka iaitu agama Hindu. Koleksi lagu-lagu suci ciptaan mereka turut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tirumurai bagi mazhab Saivisme dan Nalayirat Tivya Pirapantam bagi mazhab Vaishnavisme. Koleksi lagu-lagu suci ini bertarikh antara kurun ke-6 Masihi sehingga kurun ke-11 Masihi.

Karya-karya Bahasa

Tatabahasa, gaya bahasa {rhetoric) dan perkamusan (lexicography) sentiasa diberi perhatian oleh para pengarang India sejak bermulanya kesusasteraan bertulis. Perkembangan yang besar dalam bidang ini berlaku pada zaman Chola.

Yapparungalam dan Yapparungalakkaarigai merupakan karya-karya tentang Prosodi yang disusun oleh Amitasagara, seorang pertapa Jaina pada akhir kurun ke -10. Virasoliyam pula ialah sebuah karya yang amat berguna untuk mengetahui sejarah teori tatabahasa dalam bahasa Tamil.

KITAB SUCI VEDA

KESUSASTERAAN EPIK

DRAMA

bottom of page